Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Peperiksaan Percubaan SPM 2018

    Peperiksaan percubaan SPM telah bermula pada hari ini Isnin 13 Ogos 2018 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Peperiksaan akan berlangsung untuk lebih kurang 3 minggu. Semoga semua pelajar SPM bersedia dan dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Peperiksaan Mendengar Bahasa Melayu PT3

Alhamdulillah, peperiksaan mendengar Bahasa Melayu telh berjaya dilaksanankan pada hari Isnin 13 Ogos 2018 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 9.15 pagi. Peperiksaan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga semua dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Seminar SMA Nahu Sarf 11 Ogos 2018

   Seminar Nahu Sarf SMA telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu 11 Ogos 2018 di Bilik Tayang SMAM bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 pagi. Penceramah yang dijemput ialah Ustazah  Norhimah binti Mude dari SMA Al-Ittifaqiah Guai. Beliau telah mempersembahkan teknik mengingat dan belajar yang menarik melalui teknik nyanyian yang berasaskan lagu-lagu popular yang memudahkan pelajar untuk mengingat.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Gotong Royong Mega 11 Ogos 2018

    Alhamdulillah, satu sesi gotong royong mega 2018 telah berjaya dilaksanakan di Asrama SMAM di mana ia menggabungkan tenaga ibubapa, guru-guru dan pelajar-pelajar SMAM dan badan sukarela seperti RELA. Program bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Terdapat juga seorang bapa pelajar yang menjamu semua yang hadir dengan durian dan rambutan yang dibawa dengan pacuan 4 roda beliau. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: SMAM 2018