Selamat Kembali Semula Ke SMAM
Selamat kembali semula ke SMAM kepada semua warga SMAM. Pelajar-pelajar asrama akan kembali semula ke asrama pada hari Ahad 26 Ogos 2018 dan persekolahan akan bermula semula pada hari Isnin 27 Ogos 2018. Semoga semuanya sihat dan selamat... InsyaALLAH.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2018
Diucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SMAM khasnya dan juga kepada semua ummat Islam...
Selamat Bercuti Pertengahan Penggal Kedua
Sekolah akan bercuti pertengahan penggal kedua bermula dari Sabtu 18 ogos sehingga Ahad 26 Ogos 2018. Diharapkan semua menjaga keselamatan dan kesihatan diri tak kira di mana anda bercuti. Semoga kita akan berjumpa semula pada Isnin 27 Ogos 2018 di SMAM. Pelajar-pelajar asrama dikehendaki balik semula ke SMAM sebelum pukul 6.00 petang pada Ahad 26 Ogos 2018. Semoga dirahmati ALLAH semua. InsyaALLAH.
Majlis Kecemerlangan SMAN 2018
Satu majlis khas kecemerlangan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar dan guru-guru di bawah sekolah menengah agama negeri Pahang telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 16 Ogos 2018 di DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Pelajar-pelajar SMAM yang mendapat keputusan cemerlang dalam SMA 2017 turut diraikan dalam majlis ini dan seorang guru SMAM iaitu Ustaz Azrul telah terpilih untuk menjadi juruacara dalam...

