Perhimpunan Hari Bahasa Arab 2 Ogos 2018
Pada perhimpunan Khamis, Hari Bahasa Arab telah dilaksanakan dimana perhimpuana dijalankan dalam Bahasa Arab. Pada perhimpunan ini juga, Ketua Warden Ustaz Syafari telah memberikan tazkirah pendek kepada pelajar. Tahniah.
Perhimpunan Bahasa Melayu 31 Julai 2018
Sepertimana rutin mingguan, perhimpunan Selasa dikhaskan untuk program Bahasa Melayu. Jadi semua bahasa komunikasi yang digunakan pada perhimpuanan ini ialah Bahasa melayu. Pada hari tersebut juga, satu tazkirah pendek telah disampaikan oleh Saudara Afiq dari tingkatan 5A yang bertajuk " Api dari Neraka". Tahniah.
Inspirasi Dari Tokoh Islam: Kisah Imam Al-Ghazali Belajar Membersihkan Hati
Pesanan Imam al-Ghazali : "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
...
Sesi Fotografi Sekolah
Satu sesi fotografi telah dijalankan selepas perhimpunan pagi Isnin untuk mengambil gambar pelajar dan guru mengikut kelas-kelas dan juga mengambil gambar pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Tahniah kepada yang menguruskan sesi ini terutamanya setiausaha web majalah Ustaz Khairun Nas.

