MIISMAM 2018
Seorang pelajar SMAM telah menjadi wakil pahang dalam MIISMAM 2018. Beliau ialah saudara DINIE ZULFADZLIE BIN NORAZMAN yang menjadi peserta syarahan Bahasa Inggeris. Semoga berjaya dan Tahniah.
Seminar Kecemerlangan Balaghah (28 Julai 2018)
Alhamdulillah, satu seminar kecemerlangan untuk pelajaran Balaghah SMA telah berjaya diadakan di Bilik Tayang SMAM pada hari Sabtu 28 Julai 2018. Seminar dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 4A yang mengambil peperiksaan SMA 2018. Seminar disampaikan oleh ust mohd aidil yusri bin md yusof dari dr SMA Al-Ulum Addiniah Dong, Raub. Seminar bermula dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tahniah kepada semua yang berjaya menjayakan program ini. Semoga SMA 2018 cemerlang hendaknya....
Daurah Kitab Al-Fiqh Al-Akbar
Alhamdulillah, seramai 40 orang pelajar ASPURA SMAM telah menghadiri kuliah Daurah Kitab Al-Fiqh Al-Akbar bertempat di Masjid Asy-Syakirin pada hari Khamis 26 Julai 2018. Kuliah di sampaikan oleh Ustaz Baba Haji Ghazali Al-Fathoni Ulama Usuluddin dari Pattani Thailand. Program bermula dari 2.00 petang hingga 10.30 malam. Semoga kuliah ini memberikan ilmu yang berfaedah untuk diamalkan. InsyaALLAH.
Hari bahasa Arab 26 Julai 2018
Sepertimana rutin mingguan, hari Khamis 26 Julai 2018 telah dilangsungkan Hari Bahasa Arab di perhimpunan pagi. Pada perhimpunan ini juga tazkirah pagi telah disampaikan oleh Saudara Iqbal Naim seorang pelajar tingkatan 2. Semoga perlaksanaan hari Bahasa Arab ini akan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar. InsyaALLAH.

