Kelas Anjal SMA 2018
Kelas anjal untuk SMA telah dimulakan minggu lepas pada hari Isnin 24 September 2018. Setiap hari pelajar akan fokus pada 2 subjek sahaja dimana pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan potensi dan cemerlang. Adalah diharapkan program ini akan meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam SMA 2018. InsyaALLAH
Peperiksaan PT3 Hari ketiga
Hanya tinggal satu hari sahaja lagi untuk calon-calon PT3 menghadapi peperiksaan ini. Peperiksaan ini akan berakhir esok 4 Oktober 2018. Selamat maju jaya calon-calon SMAM 2018. InsyaALLAH.
SELAMAT MAJU JAYA SMAM 2018
SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN AWAM 2018. BUAT HABIS BAIK.
Bengkel Pemurnian Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bouth
Bengkel pemurnian soalan peperiksaan akhir tahun Bouth telah diadakan pada hari Isnin 1 Oktober hingga 3 Oktober 2018 di Masjid Negeri Pahang, Kuantan. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan soalan-soalan akhir tahun berada dalam keadaan sempurna dan sifar ralat. 3 orang guru dari SMAM terlibat dalam bengkel ini iaitu USTAZ RAHIMI BIN ZAINAL ABIDIN, USTAZ KHAIRUN NAS BIN ABU ZARIN dan USTAZ AZRUL BIN MOHAMMED ZALI. Semoga diberkati ALLAH usaha semua guru yang terlibat.

