Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2018 Bermula

    Hari ini Isnin 15 Oktober 2018, menyaksikan bermulanya peperiksaan SMA 2018 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM, Seramai 36 pelajar SMAM telah menduduki peperiksaan tersebut. Semoga mereka dapat menjawab dengan baik dalam semua kertas yang akan diambil. InsyaALLAH.

# lebih banyak gambar boleh dilihat di galeri - foto - gambar rawak 2018

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Perhimpunan Isnin Minggu 15 Oktober - 19 Oktober 2018

     Perhimpunan rasmi hari Isnin diadakan di tapak perhimpunan SMAM kerana dewan digunakan untuk peperiksaan SMA 2018. Guru bertugas untuk minggu ini ialah:

1. USTAZ AHMAD FAREK BIN ROSDI
2. CIKGU NOR HIDAYATUL ADILAH BINTI MOHAMED KAMAL

kepada pelajar-pelajar yang memerlukan sebarang bantuan bolehlah berjumpa 2 guru bertugas tersebut.

# lebih banyak gambar boleh dilihat di galeri - foto - gambar rawak 2018

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Selamat Berjaya Dalam Peperiksaan SMA 2018

    Warga SMAM ingin mengucapkan dan mendoakan kejayaan cemerlang kepada pelajar-pelajar SMAM yang bagi menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA ) pada Isnin 15 Oktober 2018 sehingga Jumaat 26 Oktober 2018. Peperiksaan yang bakal dihadapi selama 2 minggu ini akan dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Semoga ALLAH memberikan kemudahan dalam menjawab semua kertas peperiksaan nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Majlis Restu Ilmu SMA 2018

    Satu Majlis restu ilmu untuk SMA 2018 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Jumaat 12 Oktober 2018. Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh SU SMA Ustazah Nurazifah dan seterusnya setiap guru diberikan peluang untuk memberikan pesanan terakhir kepada semua pelajar tingkatan 4 yang bakal menduduki SMA pada Isnin 15 Oktober 2018 ini. Seterusnya GPK pentadbiran dan Pengetua pula menyampaikan...

Tag: SMAM 2018