Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Peperiksaan PT3 Sudah Berakhir

    Alhamdulillah, pada jam 10.10 pagi Khamis 4 Oktober, tamatlah sudah peperiksaan PT3. Semua calon nampaknya dalam keadaan gembira keluar dari Dewan Tun Abd Razak selepas semua kertas soalan telah dikutip. Semoga kejayaan memihak kepada semua calon PT3 SMAM 2018. InsyaALLAH.

#Nota: Kepada yang ingin melihat atau mendownload foto-foto hari terakhir PT3 sila klik galeri - foto - PT3 Tamat 2018.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Pondok Bacaan SMAM Dinaik Taraf

      Pada hari Isnin 1 Oktober 2018, kerja naik taraf pondok-pondok bacaan di sekitar SMAM telah dijalankan oleh staff-staff sekolah iaitu Encik Nizam, Encik Shamsul dan Encik Napi. Semua meja-meja batu sedia ada telah dipasang dengan payung berwarna warni yang membolehkan pelajar-pelajar menggunakannya sepanjang waktu walau pun hari panas atau hujan. Ini menjadikannya lebih kondusif dan selesa untuk pelajar-pelajar menggunakannya sebagai tempat bacaan atau beristirehat....

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Bengkel Mengemaskini Buku Sirah Nabawi Tingkatan 1,2 dan 3 SMAN 2018

    Satu bengkel mengemaskini buku Sirah Nabawi Tingkatan 1,2 dan 3 SMAN telah diadakan di SMAM bertempat di Bilik Mesyuarat SMAM. Guru-guru terpilih dari Sekolah Menengah Agama Negeri dan beberapa orang pegawai JAIP telah sampai ke SMAM seawal pukul 8.30 pagi untuk sesi ini. SMAM telah diwakili oleh Ustaz Syarafi. Semoga semuanya berjalan dengan baik. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Kelas Anjal SPM 2018

    Untuk memastikan kecemerlangan SPM 2018, SMAM telah menjalankan kelas anjal SPM bermula pada Isnin 1 oktober 2018. Program ini akan diteruskan sehingga peperiksaan SPM bermula. Setiap hari pelajar akan fokus kepada 2 subjek sahaja. Semoga SPM 2018 lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018