Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Program Penyerahan Buku di Perpustakaan Awam Daerah Maran

   Satu majlis penyerahan buku-buku terpakai oleh PADM telah diadakan pada hari Khamis 20 September bertempat di PADM sendiri. 2 wakil SMAM telah dijemput untuk menerima buku-buku tersebut bersama-sama dengan organisasi penerima yang lain iaitu Ustaz Azrul dan Ustaz Khairun Nas yang mewakili PSS SMAM. Terimakasih kami ucapkan atas sumbangan berharga tersebut.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Pelupusan Buku Teks Lama

     Pelupusan buku teks lama telah dilakukan pada hari ini di SMAM pada hari Selasa 18 September 2018. Ianya diuruskan oleh Ustazah Azifah dengan dibantu oleh 8 orang pelajar 3S yang membantu memunggah buku-buku lama dari stor buku teks ke lori untuk dilupuskan. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Program Tahsin Quran di PAID

    Seramai sepuluh orang pelajar SMAM telah terlibat dalam program Tahsin Al-Quran di PAID Maran pada hari Selasa 18 September 2018 yang bermula dari pukul 8.00 pagi - 4.00 petang. Guru pengiringya ialah Ustazah Salmiah. Semoga beroleh ilmu yang boleh diamalkan nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Selamat Berjaya Calon-calon PT3, SMA dan SPM 2018

    Warga SMAM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PT3, SMA dan SPM yang telah berjaya melalui Kem Motivasi pada 14 - 16 September 2018. Semoga motivasi anda akan terus berada pada tahap yang maksima demi mengejar kejayaan dalam peperiksaan awam nanti dan akan berjaya menggembirakan hati ibubapa masing-masing. InsyaALLAH

* Nota: Gambar-gambar sepanjang Kem Motivasi boleh didapati di Galeri - Foto - Kem motivasi 3 4 5 2018 (Vol 1- Vol 3)

Tag: SMAM 2018