Peperiksaan SMA minggu ke 2 2018
Peperiksaan SMA telah masuk ke minggu pertama di mana hari ini Isnin 22 Oktober 2018 merupakan hari pertama peperiksaan SMA minggu ke dua. Sebelum peperiksaan bermula, pelajar-pelajar tingkatan 4 dikumpulkan di kelas mereka untuk sesi ulangkaji terakhir bersama guru subjek iaitu AHMAD ZAKWAN BIN ROSLI. Mereka membuat persediaan terakhir sebelum peperiksaan bermula pada pukul 8.30 pagi. Semoga diberikan kemudahan untuk menjawab semua soalan dengan baik. InsyaALLAH.
Perhimpunan Rasmi Isnin 22 Oktober 2018
Perhimpunan rasmi pagi Isnin 22 Oktober 2018 telah berlangsung bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi. Ustaz Azrul telah mengumumkan keputusan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama. Keputusannya adalah seperti berikut:
Kelas:
Johan - 3M
N/Johan - 3A
Ke 3 - 3S
Tidak memuaskan - tiada
ASPURA:
Johan - Dorm B
N/Johan - Dorm D
Ke 3 - Dorm H
Tidak memuaskan - Dorm F
ASPURI:
Johan...
Kelas:
Johan - 3M
N/Johan - 3A
Ke 3 - 3S
Tidak memuaskan - tiada
ASPURA:
Johan - Dorm B
N/Johan - Dorm D
Ke 3 - Dorm H
Tidak memuaskan - Dorm F
ASPURI:
Johan...
Majlis penutupan kem solat
Hari Ahad 21 Oktober merupakan hari terakhir kem solat yang diadakan di Surau An-Nur Desajaya Bandar Tun Razak. Kem berakhir lebih kurang pada pukul 11.00 pagi dan majlis penutupan diadakan selepas itu. Majlis ini dihadiri oleh peserta-peserta, imam-imam muda, AJK pelaksana, guru pengiring iaitu Ustaz Syarafi dan ibubapa peserta. Diharapkan semua peserta akan mengamalkan apa yang dipelajari di sepanjang kem ini dan semoga sentiasa diberikan hidayah oleh ALLAH untuk menjadi...
Kelas Tambahan Hujung Minggu Tingkatan 5
Kelas tambahan hujung minggu bagi peperiksaan SPM dilaksanakan pada minggu tidak balik kampung. Ini bertujuan untuk memberikan satu sesi terkawal ulangkaji yang diharapkan akan membantu pelajar untuk membuat persediaan terbaik menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada 13 November 2018. Kelas ini akan diteruskan sehinggalah SPM tiba. InsyaALLAH.

