Kelas Tambahan Hujung Minggu Tingkatan 5
Kelas tambahan hujung minggu bagi peperiksaan SPM dilaksanakan pada minggu tidak balik kampung. Ini bertujuan untuk memberikan satu sesi terkawal ulangkaji yang diharapkan akan membantu pelajar untuk membuat persediaan terbaik menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada 13 November 2018. Kelas ini akan diteruskan sehinggalah SPM tiba. InsyaALLAH.