Tahniah Ustaz AIDDIL BIN ABU MANSOR
Warga SMAM ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Aiddil Bin Abu Mansor yang telah menerima anugerah Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dari Istana Pahang pada majlis anugerah yang diadakan pada hari Isnin 1 April 2019. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada jasa-jasa yang telah beliau sumbangkan kepada masyarakat khasnya di Pahang. Tahniah.
Kaedah Mengeksperimen
kaedah mengeksperimen merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran Sains yang merupakan kaedah hands-on yang memberikan pembelajaran secara aktif kepada pelajar-pelajar. Ia juga membenarkan pelajar-pelajar membina pengetahuan secara konstruktivisme di mana ianya dibina dari aras rendah kepada aras tinggi.
Thobur Sobahi Khamis 4 April 2019
Program Thobur Sobahi diketuai oleh Saudara Afiq Fahmi dan Salahuddin. Aktiviti hari ini melibatkan pengayaan Bahasa Arab di mana kedua-dua pelajar membacakan teks dalam Bahasa Arab dan pelajar-pelajar lain memberikan makna dalam Bahasa Melayu.
Perhimpunan Pagi Khamis 4 April 2019
Perhimpunan pagi Khamis 4 April 2019 bermula pada pukul 7.15 - 7.35 pagi. Dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna, bacaan Al-Quran beramai-ramai dan seterusnya Thobur Sobahi. Selesai Thobur Sobahi, Ketua Warden, Ustaz Syarafi berucap mengenai masalah di asrama dan mengenai program Israk Mikraj yang akan di adakan pada malam Khamis yang melibatkan semua pelajar asrama, manakala pelajar-pelajar luar dan guru-guru juga dijemput untuk hadir.

