Tahniah Wakil SMAM untuk Maran menang tempat ketiga tilawah Al-Quran MTQ Pahang
Tahniah diucapkan kepada Saudari Athirah dari SMAM yang mewakili Daerah Maran yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tilawah Al-Quran MTQ Pahang. Semoga kejayaan ini akan memberikan semangat yang lebih tinggi untuk berjaya di masa hadapan. InsyaALLAH.
Tahniah Ustaz Rushdi
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada Ustaz Rushdi dan pasangannya yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada hari Sabtu 13 April 2019 di Dewan SMA Batu Talam. Beliau pernah mengajar di SMA Maran sebagai guru ganti dan kini bertugas di SMA Dong. Rombongan dari SMAM turut hadir untuk memeriahkan majlis pernikahan ini. Tahniah. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. InsyaALLAH.
Bengkel Instrumen Falak: Pencerapan Matahari
Sesi hari Jumaat 12 April 2019, peserta-peserta telah mempraktikkan kaedah pencerapan matahari yang menggunakan teknik-teknik khas supaya tidak merosakkan mata pemerhati. Semoga ilmu yang didapati dalam bengkel ini akan disalurkan kepada semua ahli kelab falak setiap sekolah. InsyaALLAH.
Pelajar SMAM menyertai pertandingan tilawah al-quran MTQ 2019
Seorang pelajar SMAM, Athirah telah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran MTQ Pahang yang diadakan di Jerantut. Beliau diiringi oleh Ustazah Norasyikin. Semoga berjaya. InsyaALLAH.

