Terimakasih Kepada Ustaz Doktor Mat Nawi Bin Mat Jusoh
Warga SMAM ingin mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada Ustaz Doktor Mat Nawi Bin Mat Jusoh yang sudi hadir ke SMAM pada Ahad 7 April 2019 untuk menyampaikan kurusus PEMANTAPAN SAHSIAH KEROHANIAN MUSLIM kepada warga Maran. Beliau sanggup datang dari jauh dengan keadaan tidak berapa sihat untuk berkongsi ilmu yang sangat berguna kepada warga SMAM. Semoga ALLAH membalas jasa baik beliau dengan ganjaran pahala yang sebesar mungkin. InsyaALLAH. Aaamiiiiiin.
Tahniah Kepada Semua Pelajar dan Guru yang berjaya menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah Kerohanian Muslim
Warga SMAM mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir pada Kursus Pemantapan Sahsiah Kerohanian Muslim yang diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 1.15 tengahari di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Kursus ini banyak memberikan perkongsian ilmu yang menarik dari segi bagaimana untuk meningkatkan potensi kerohanian sebagai seorang muslim. Tahniah dan terimakasih juga kepada Ustaz Farek yang berjaya menjadikan perkongsian ilmu ini sebagai satu...
kursus pemantapan sahsiah kerohanian muslim - slot 4 (Kanser)
Pada Slot ke-4 ini Ustaz Mat Nawi telah menyampaikan kajian beliau mengenai kanser dan bagaimana ayat-ayat suci Al-Quran boleh digunakan untuk merawat kanser. Beliau juga mencadangkan agar semua hadirin menghafal dan mengamalkan surah Yaasin, Al-Mulk, Al-waqiah, As-Sajdah antaranya untuk mencegah kanser di kalangan kita. Beliau juga menegaskan kepentingan mengamalkan bismillah dan berzikir.
kursus pemantapan sahsiah kerohanian muslim - slot 3 (sesi soal jawab)
Slot ke 3 dikhaskan untuk soal jawab antara hadirin dengan Ustaz Dr. Mat Nawi. Soalan-soalan telah diajukan oleh guru-guru dan juga pelajar-pelajar yang menghadiri kurusu ini. Kebanyakkannya berkisar kepada masalah yang melibatkan gangguan dari makhluk halus (JIN).

