Aktiviti Kokurikulum 10 April 2019 : Pembedahan Katak Persatuan Sains Matematik
Aktiviti bermula dari pukul 3.30 - 4.30. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dijadualkan oleh AJK persatuan. 6 ekor katak telah dibedah untuk mempelajari organ dalaman terutamanya jantung yang ada dalam silibus Sains tingkatan 3.
ULBS Bahasa Melayu Tingkatan 5 10 April 2019
Diadakan di bilik PBS SMAM untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Ujian dilaksanakan oleh Guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Ridzuan.
Hari tanpa songkok 10 April 2019
Hari tanpa songkok diteruskan pada hari ini Rabu 10 April 2019. Ianya bertujuan memastikan potongan rambut pelajar adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh peraturan sekolah.

