MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 27 APRIL 2019
Mesyuarat Agung PIBG SMAM kali ke 24 telah berlangsung dengan lancar pada Sabtu 27 April 2019. Ianya dimulakan dengan pendaftaran peserta dari jam 7.30 - 9.00 pagi. Mesyuarat Agung bermula dari jam 9.15 pagi hingga 11.15 pagi dan dipengerusikan oleh YDP PIBG Dato' Haji Shahaimi. Pelbagai isu dibincangkan antaranya pembinaan asrama yang tertangguh, disiplin pelajar, akademik dan kewangan PIBG. Semoga ianya akan menjadikan SMAM lebih berjaya. InsyaALLAH.
PERKHEMAHAN BERSEPADU: ICE-BREAKING
Selepas Isyak, peserta-peserta telah melalui slot ice-breaking untuk menambahkan ukhuwah dan stress di kalangan mereka.
PERKHEMAHAN BERSEPADU: SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB, ISYAK, HAJAT DAN TAHLIL
Pelajar-pelajar juga telah diberikan penekanan mengenai kepentingan kerohanian sepanjang perkhemahan ini dimana diadakan solat berjemaah dan tahlil pada setiap maghrib dan isyak. pelajar SMAM telah menjadi AJK Kerohanian Perkhemahan. Alhamdulillah.
PERKHEMAHAN BERSEPADU: MEMBINA KHEMAH
Pelajar-pelajar telah diberi latihan membina khemah untuk kegunaan setiap kumpulan. Ini bertujuan memberikan kemahiran berkhemah dan meningkatkan kerjasama antara mereka.

