PERKHEMAHAN BERSEPADU: TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
Pelajar-pelajar yang menyertai perkhemahan ini diberi taklimat mengenai perkhemahan dan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.
ALHAMDULILLAH....PASUKAN SMAM TELAH SELAMAT TIBA KE TAPAK PERKHEMAHAN
Pasukan SMAM telah selamat tiba di Tapak Perkhemahan Kampung Gintong Jerantut pada petang Jumaat 26 April 2019. Semoga mereka akan mendapat pengalaman berharga dalam perkhemahan ini. InsyaALLAH.
TERIMAKASIH ANGGOTA BOMBA MARAN
Warga SMAM mengucapkan terimakasih tak terhingga kepada Pasukan Bomba Maran yang cepat mengambil tindakan apabila pihak warden SMAM menghubungi mereka dan membuat laporan tentang kehadiran seekor ular hitam di bilik air Dorm B ASPURI. Pihak Bomba Maran telah berjaya membunuh ular berbisa tersebut. Alhamdulillah dan tahniah.
tahniah pasukan nasyid smam 2019
Tahniah diucapkan kepada pasukan Nasyid SMAM yang telah menjadi wakil Maran ke pertandingan Nasyid MTQ yang diadakan di Pekan, Pahang. Semoga kejayaan menjadi milik anda. InsyaALLAH.

