Mesyuarat Panitia Geografi Daerah Maran
Mesyuarat diadakan pada hari Rabu 25 April 2019 di SMK Jengka 10. Ianya dipegerusikan oleh pengetua SMK Jengka 10. Mesyuarat dibuat bersama dengan Jurulatih Utama Daerah Encik Azis Salleh. Agenda mesyuarat ialah perbincangan mengenai post mortem SPM 2018 dan pendedahan awal bentuk soalan geografi PT3,
aktiviti kokurikulum Rabu 25 April 2019
Aktiviti kokurikulum untuk Rabu 25 April ialah sukan permainan. Setiap persatuan mengadakan aktiviti masing-masing mengikut tempat yang telah ditetapkan
persediaan untuk program Selawat, PIBG dan Hari kecemerlangan 2018
Persediaan untuk majlis Selawat, PIBG dan Hari Kecemerlangan 2018 sedang giat dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam AJK Pelaksana bertungkus lumus menyiapkan dewan dan kelengkapan yang diperlukan. Semoga semuanya akan berjalan dengan baik.
Program Kembara Minda Kelab Malaysiaku Maran 2019
Beberapa ahli kelab Malaysiaku SMAM dengan diiringi oleh Guru penasihat, Cikgu Adillah telah dibawa menaiki bas dalam program Kembara Minda pada hari ini 25 April 2019.

