MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 27 APRIL 2019

    Mesyuarat Agung PIBG SMAM kali ke 24 telah berlangsung dengan lancar pada Sabtu 27 April 2019. Ianya dimulakan dengan pendaftaran peserta dari jam 7.30 - 9.00 pagi. Mesyuarat Agung bermula dari jam 9.15 pagi hingga 11.15 pagi dan dipengerusikan oleh YDP PIBG Dato' Haji Shahaimi. Pelbagai isu dibincangkan antaranya pembinaan asrama yang tertangguh, disiplin pelajar, akademik dan kewangan PIBG. Semoga ianya akan menjadikan SMAM lebih berjaya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019