Latihan Memasang Khemah Untuk Perkhemahan Bersepadu
Latihan memasang khemah telah dijalankan melibatkan peserta-peserta yang akan pergi berkhemah pada petang Jumaat 26 April 2019. Latihan diadakan di laman blok sekolah. Ini adalah untuk melatih pelajar SMAM dalam mendirikan khemah dengan cara yang betul. Aktiviti dipantau oleh Ustaz Khairun Nas yang akan mengambil tugasan sebagai guru pengiring.
Mengemas dan Menyusun Semula Dewan
Selesai sahaja Majlis SMAM Berselawat, gotong royong ringkas diadakan untuk mengemas dan menyiapkan semula dewan untuk majlis PIBG dan Hari Kecemerlangan 2018. Semua guru dan pelajar terlibat mengemas dan menyusun dewan untuk majlis esok.
Majlis SMAM Berselawat
Majlis SMAM berselawat telah dijalankan pada hari Jumaat 26 April 2019 dari jam 10.15 - 11.30 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Majlis melibatkan semua pelajar dan guru-guru SMAM. Dalam majlis ini semua pelajar berselawat diselang selikan dengan bacaan hadith oleh Ustaz Azizul. Majlis diselaraskan oleh Ustaz Farek yang merupakan setiausaha Kerohanian 4K SMAM. Tahniah atas majlis yang sangat indah ini. Alhamdulillah.
Persediaan Pentas Untuk Majlis PIBG dan Hari Kecemerlangan 2018
Kerja-kerja akhir persiapan pentas untuk majlis esok masih lagi dijalankan di Dewan Tun Abd Razak. Staff-staff dan guru-guru bergotong-royong menyiapkan pentas untuk acara esok.

