Latihan Syarahan Bahasa Inggeris di tapak Perhimpunan
latihan syarahan Bahasa Inggeris dari wakil SMAM yang akan mewakili Zon 2 di MASISUPA Pusat telah diadakan selepad perhimpunan pagi untuk memberi peluang kepada peserta menghadapi situasi di khalayak ramai untuk meningkatkan tahap keyakinan dan kelancaran peserta.
Thobur Sobahi 21 Mac 2019
Thobur Sobahi melibatkan aktiviti pengayaan Bahasa Arab di mana dua pengawas bertugas telah membaca dialog dalam bahasa Arab dan pelajar-pelajar lain menterjemahkannya.
Perhimpunan Pagi Khamis 20 Mac 2019
Perhimpunan dimulakan pada jam 7.15 pagi oleh pengawas bertugas Saudari Nora Aisyah. Agenda perhimpunan ialah nyanyian lagu Asma ul-Husna, Bacaan Al-Quran beramai-ramai yang dipimpin oleh Saudara Salahuddin, Thobur Sobahi, dan ucapan dari GPK HEM Ustazah Azifah.
Aktiviti Kokurikulum Rabu 20 Mac 2019
Aktiviti kokurikulum pada 20 Mac 2019 adalah untuk Badan Beruniform di mana perjumpaan telah dibuat di tempat-tempat yang telah ditetapkan dengan pelbagai aktiviti.

