Perhimpunan Rasmi Isnin 18 Mac 2019
Perhimpunan pagi Isnin bermula pada pukul 7.15 pagi hingga 8.35 pagi. Kebanyakkan intipati ucapan guru-guru berkisar kepada masalah disiplin seperti kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama, masalah pembelajaran, sikap negatif pelajar dan kepentingan untuk belajar bersungguh-sungguh. Guru bertugas bagi minggu ini ialah:
1. Cikgu Aesah
2. Cikgu Syaima
1. Cikgu Aesah
2. Cikgu Syaima
Alhamdulillah...Semua Peserta telah pulang dengan selamat
Alhamdulillah, semua peserta Zon 2 yang telah berkampung di SMA Al-Ihsan selama 3 hari telah selamat kembali ke SMAM 3.50 petang. Semoga sesi latihan tersebut meningkatkan kemahiran pelajar untuk MASISUPA Pusat nanti. InsyaALLAH.
Peserta-peserta Bergerak Balik Ke SMAM
Bas untuk membawa pulang pelajar-pelajar SMAM dan pelajar-pelajar sekolah lain yang menjadi anak angkat SMAM untuk latihan Zon 2 telah sampai ke SMA Al-Ihsan pada lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Latihan akan diteruskan lagi di sekolah angkat masing-masing yang menjadi tempat latihan pusat. SMAM menjadi pusat latihan bagi Pasukan Ping pong Perempuan dan Bola Tampar Perempuan.
Latihan Berpusat Zon 2 di SMA Al-Ihsan: Hari Ke-3
Latihan berpusat Zon 2 untuk ilmiah dan sukan di SMA Al-Ihsan telah sampai kehari ketiga. Semoga semua akan berjaya di MASISUPA Pusat nanti. InsyaALLAH.

