Majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam Sempena MASISUPA Ke-35/2019
Majlis ini akan diadakan pada 24 Mac 2019 pada jam 9.00 malam di SMA Pulau Tawar. Dijemput semua menghadiri majlis ini. InsyaALLAH.
Tokoh Zaman Kegemilangan Islam - Khalid Bin Walid
Semoga kita dapat mencontohi semangat jihad Khalid Al-Walid
Suntikan HPV untuk Pelajar-pelajar Perempuan Tingkatan 1 SMAM 2019
Alhamdulillah, pada hari ini Khamis 21 Mac 2019, semua pelajar-pelajar perempuan tingkatan 1 SMAM telah menerima suntikan HPV dari Klinik Kesihatan Maran. Suntikan diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM.
MTQ Daerah Maran 2019 di SMK Jengka Pusat 2
Dalam pertandingan MTQ peringkat daerah Maran ini SMAM menghantar 4 peserta iaitu Alif Haikal (Khat Lelaki), Sumayyah (Khat Perempuan), Wan Ilias (Tilawah Lelaki) dan Athirah (Tilawah Perempuan). SMAM telah menjadi Johan untuk Tilawah Perempuan dan Khat lelaki dan mendapat Naib Johan untuk Tilawah Lelaki dan Khat Perempuan. Tahniah kepada peserta-peserta dari SMAM dan semua yang terlibat.

