Majlis Perjumpaan Dengan Ibu Bapa pelajar-pelajar tahfiz smam
Satu perjumpaan diantara pihak pentadbir SMAM dengan ibubapa/penjaga pelajar-pelajar tahfiz tingkatan 1-3 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari ini Jumaat 22 Mac 2019. Perjumpaan adalah untuk membincangkan sumbangan kewangan dari pihak ibubapa/penjaga untuk menambah jumlah guru-guru tahfiz dari seorang kepada 3 orang kerana kelas tahfiz SMAM kita terdiri dari 3 kelas iaitu 1A,2A dan 3A. Semoga kelas tahfiz SMAM akan dapat melahirkan hafiz dan hafizah masa depan....
PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100 OLEH MUIP
Pada hari ini Jumaat 22 Mac 2019, satu majlis penyerahan wang bantuan persekolahan RM100 telah dilakukan oleh Majlis Ugama Islam Pahang(MUIP) kepada semua pelajar-pelajar SMAM. Penyerahan dilakukan dari kelas ke kelas oleh pegawai-pegawai MUIP. Alhamdulillah dan terimakasih diucapkan kepada pihak MUIP.
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA LAMAN WEB RASMI SMAN BIL 1/2019
Mesyuarat berlangsung dari jam 10.00pagi - 12.00 tengahari di Bilik Mesyuarat BTM yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha (P) BTM. Mesyuarat membincangkan isu-isu yang melibatkan pengurusan laman web sekolah-sekolah SMAN. 2 guru dari setiap sekolah yang merupakan Web Master, telah hadir ke mesyuarat ini.
Perasmian MASISUPA Pusat Pada Hari Sabtu 23 Mac 2019
Semua dijemput hadir. InsyaALLAH.

