Hari Tanpa Songkok 30 Januari 2019
Hari tanpa songkok masuk kali ke 3 perlaksanaan pada hari ini Rabu 30 Januari 2019. Ianya bertujuan menguatkuaskan etika rambut di kalangan pelajar yang selalunya menyembunyikan rambut panjang dan tak mengikut peraturan sekolah di bawah songkok yang dipakai.
Thobur Sobahi 30 Januari 2019
Thobur Sobahi pada hari Rabu 30 Januari 2019 menyaksikan pelajar-pelajar melakukan aktiviti mengenal bahagian badan dalam bahasa arab yang diketuai oleh saudara Afiq dan Ariff Adham. Seterusnya aktiviti dialog bahasa arab dan bahasa inggeris oleh saudara Danial dan Saudara Aris Iskandar. Semoga ianya dapat meningkatkan penguasaan terhadap kedua-dua bahasa ini. InsyaALLAH.
Perhimpunan Pagi Rabu 30 Januari 2019
Perhimpunan pagi Rabu 30 Januari 2019 bermula pada pukul 7.15 dan dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Fatir dengan diketuai oleh pengawas bertugas, Saudara Wan Hakimi. Perhimpunan diteruskan dengan program Thobur Sobahi, Ucapan oleh Ustaz Rahimi dan ditutup oleh ucapan dari GPK HEM Ustazah Azifah. Perhimpunan tamat pada jam 7.40 pagi.
MASISUPA Peringkat Sekolah: Ping Pong Lelaki
Pertandingan Ping Pong lelaki pula menyaksikan keputusan seperti berikut:
Perseorangan
Johan : Rumah Kuning
N. Johan : Rumah Merah
Ke-3 : Rumah Biru
Ke-4 : Rumah Hijau
Beregu
Johan : Rumah Kuning
N.Johan : Rumah Biru
Ke- 3 : Rumah Hijau
Ke- 4 : Rumah Merah
Semoga ianya akan menjadi pencetus semangat...
Perseorangan
Johan : Rumah Kuning
N. Johan : Rumah Merah
Ke-3 : Rumah Biru
Ke-4 : Rumah Hijau
Beregu
Johan : Rumah Kuning
N.Johan : Rumah Biru
Ke- 3 : Rumah Hijau
Ke- 4 : Rumah Merah
Semoga ianya akan menjadi pencetus semangat...