Solat Sunat Gerhana Bulan
Alhamdulillah pada malam Khamis bersamaan dengan 31 Februari 2018, majlis solat sunat gerhana bulan telah dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Maran termasuklah di Surau SMAM. Seorang pelajar SMAM pula iaitu Saudara AHMAD MUSTAFA WALIYUDDIN BIN AZIEH telah diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah gerhana di Masjid Besar Maran, Masjid Asy-Syakirin. Alhamdulillah, beliau telah berjaya menyampaikan khutbah dengan baik,lantang dan penuh semangat. Semoga beliau...
Perhimpunan Hari Rabu 31 Januari 2018: Perhimpunan Bahasa Inggeris
Sepertimana biasa, aktiviti Pengayaan Bahasa Inggeris telah dijalankan pada hari Rabu 31 Februari 2018. Pada minggu ini, Saudara Aizat Bin Abd Aziz telah menyampaikan syarahan pendek bertajuk " the Importance Of Cleanliness". Tahniah kepada saudara Aizat yang berani melakukan public speaking di depan lebih 360 orang pelajar. Semoga pengalaman ini akan menjadikan pelajar SMAM lebih yakin dalam berbahasa Inggeris. Insya ALLAH.
Lawatan Ke rumah Izzi Bin Halusi Mangsa Van Terbalik
Alhamdulillah, 2 lawatan telah dibuat oleh pihak sekolah ke rumah salah seorang mangsa van SMAM yang terbalik pada hari Khamis 1 Februari dan sekali lagi pada Jumaat 2 Februari 2018. Lawatan pertama telah dilakukan oleh Cikgu Abdullah Bin Ismail pada hari Khamis dan lawatan kedua dilakukan oleh Ustaz Redho bersama Cikgu Abdullah. Lawatan adalah bertujuan untuk melihat dan mendengar keadaan sebenar kecederaan yang dialami oleh pelajar ini. Semoga Adik Izzi akan segera sembuh dan dapat...
Pertandingan Rumah Berhias SMAM 2018
Untuk memeriahkan lagi karnival 3 hari MASISUPA SMAM, satu pertandingan rumah berhias telah dilakukan untuk memberi peluang kepada rumah-rumah sukan menunjukkan daya kreativiti masing-masing. Pertandingan adalah sangat meriah dan ceria. Proses menghias rumah telah bermula dari hari Khamis 1 Februari hingga pukul 11.00 pagi hari Jumaat 2 Februari. Pertandingan ini dihakimi oleh staff-staff sekolah iaitu Encik Shamsul, Encik Mohd Noh, Puan Salina dan Puan Halimaton. Tahniah...

