Majlis penyampaian sijil anugerah kecemerlangan pendidikan 2020
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang menerima sijil anugerah kecemerlangan pendidikan(SMA) 2020 pada hari ini Rabu 17 November 2021. Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM bermula dari jam 10.00 hingga 10.45 pagi. Tahniah.
Tahniah kepada guru cemerlang smam 2020
Tahniah sekali lagi kepada penerima anugerah guru cemerlang 2020 yang menerima hadiah iringan pada hari ini Rabu 10 November 2021. Hadiah disampaikan oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin yang disampaikan di pejabat SMAM. Guru-guru yang menerima anugerah pada hari ini ialah Ustaz Haikal, Ustazah Salmiah, Ustazah Syarkiah dan Cikgu Nurul Izzah. Tahniah dan semoga terus cemerlang. InsyaALLAH
Percubaan SMA bermula....
Alhamdulillah, percubaan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) telah bermula pada hari ini Ahad 10 November 2021. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Insya ALLAH
Kemasukkan tingkatan 1 dan 2 ke asrama
Alhamdulillah. Pada hari ini Ahad 7 November 2021, pelajar-pelajar asrama dari tingkatan 1 dan 2 telah berjaya mendaftarkan diri ke asrama untuk persekolahan sesi bersemuka esok. Ujian RTK telah dijalankan untuk memastikan tiada yang positif COVID 19. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pengurusan kemasukkan ini.