Terimakasih YB Ds shahaniza
Terimakasih diucapkan kepada YB DS Shahaniza yang sudi menyampaikan sumbangan roti dan susu kepada pelajar-pelajar SMAM yang menerima suntikan dos kedua vaksin hari ini. Semoga ALLAH swt merahmati YB DS.
Suntikan dos ke 2 program pemvaksinan tingkatan 4 dan 5
Alhamdulillah, pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SMAM telah selamat mengambil dos kedua suntikan vaksin yang diadakan di Dewan Jubli Perak hari ini Selasa 12 Oktober 2021. Semoga ini akan merendahkan risiko jangkitan virus COVID 19. InsyaALLAH
Lawatan Pemantauan pegawai perhubungan sekolah
Lawatan diadakan pada jam 9.00 pagi oleh Inspektor Hafiz untuk meninjau suasana hari pertama persekolahan secara bersemuka tingkatan 4 dan 5.
Kemasukkan pelajar tingkatan 5 dan 4
2 sesi kemasukkan telah diadakan. Untuk pelajar tingkatan 5 pada sebelah pagi Ahad 10 Oktober 2021, manakala untuk Tingkatan 4 pada sesi petang. Ujian RTK telah diadakan sebelum pelajar dibenarkan masuk ke asrama untuk memastikan tiada pelajar yang positif COVID-19.