Sanitasi bangunan smam
Sanitasi dilakukan oleh staff sekolah pada setiap bangunan sekolah yang akan digunakan apabila sekolah dibuka pada 11 Oktober ini.
Gotong royong Pemantapan sop
Gotong royong diadakan seawal jam 9.00 pagi di bangunan sekolah. Ianya melibatkan penandaan penjarakkan, penandaan arah pergerakkan dan lain-lain pematuhan SOP COVID-19.
Kunjungan dan penyampaian Sumbangan oleh YB ds shahaniza
Warga SMAM mengucapkan jutaan terimakasih atas kesudian YB Dato' Seri Shahaniza bersama rombongan yang sudi berkunjung melawat SMAM dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada SMAM pada hari Isnin 4 Oktober 2021. Terimakasih dan sudi sudilah datang lagi ke SMAM.
Program Vaksinasi Pelajar Tingkatan 1 - 3
Program Vaksinasi ini dijalankan di SMA Maran bermula dari jam 2.00 hingga 4.30 petang. Hampir kesemua pelajar tingkatan 1 hingga 3 telah berjaya hadir dan di vaksinasi kan. Alhamdulillah.