Taklimat aplikasi osem kepada pengurusan & guru-guru smam
Satu taklimat mengenai aplikasi OSEM untuk pembelajaran digital online telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat SMAM pada hari Rabu 8 Disember 2021. Ia diberikan oleh mantan KPP Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar.
Ujian mendengar bahasa Melayu & Inggeris percubaan spm 2021
Alhamdulillah. Ujian mendengar untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah berjaya dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Selasa 7 Disember 2021 dari jam 8.30 hingga 11.00 pagi. Semoga ianya menjadikan pelajar bersedia untuk ujian mendengar yang sebenar. Insya ALLAH
Taklimat dan amanat Pengetua smam kepada calon SPM 2021
Satu sesi taklimat dan amanat telah disampaikan oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin selepas tamat Peperiksaan Percubaan SPM hari ke 3 pada Isnin, 29 November 2021. Dalam taklimat tersebut pengetua telah memaklumkan mengenai tawaran hadiah yang disediakan untuk pelajar-pelajar SPM 2021 yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021. Ini merupakan satu cabaran dan motivasi kepada para calon untuk meningkatkan usaha meraih kecemerlangan dalam SPM 2021 nanti. InsyaALLAH
Jadual peperiksaan percubaan SPM 2021
Semoga semua pelajar SMAM beroleh kejayaan. Aamiiin.