PENYAMPAIAN KUPON KEPADA PELAJAR SMA YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN PRESTASI 2024
Penyampaian diadakan di Perhimpunan Rasmi Isnin 25 November 2024. Kupon disampaikan oleh Pengetua SMAM, Cikgu Mohd Fairuz. Semoga penerima-penerima dan juga bukan penerima akan menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SMA 2024. InsyaALLAH.
TAHNIAH PASUKAN MEMANAH SMAM!!!
Pasukan memanah SMAM telah menyertai Kejohanan Memanah Pembangunan SMAM yang telah diadakan di SMA Al-Basariah, Kuala Tembeling pada 23 November 2024. Pasukan SMAM telah diwakili oleh 4 peserta acara tradisional, 4 peserta acara recurve dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Ustaz Abdullah Fahmi dan Cikgu Norhidayah. Tahniah!!!
HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2024
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.15 tengahari. Alhamdulillah, sambutan dari ibu bapa sangat baik untuk majlis tersebut. Hampir 85% ibu bapa/penjaga hadir untuk sesi dialog dengan guru kelas dan guru matapelajaran. Terimakasih.
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BOUTH DAN UJIAN AKHIR AKADEMIK UASA 2024
Peperiksaan akan bermula pada 2 Disember 2024 hingga 19 Disember 2024.
# Jadual dalam bentuk PDF boleh dilihat dan muat turun di sini:
https://drive.google.com/file/d/1kQyQifqvrvrU-tdV7T_Fg2gtzACXSlbK/view?usp=sharing
# Jadual dalam bentuk PDF boleh dilihat dan muat turun di sini:
https://drive.google.com/file/d/1kQyQifqvrvrU-tdV7T_Fg2gtzACXSlbK/view?usp=sharing