TERIMAKASIH MUIP ATAS SUMBANGAN SUSU KOTAK KEPADA PELAJAR, STAFF DAN GURU SMA MARAN
Alhamdulillah. SMA Maran telah menerima sumbangan susu kotak sebanyak 3840 kotak (2160 kotak susu krim putih + 1680 Kotak susu coklat) pada 31 Disember 2024.Pengagihan pertama kepada pelajar-pelajar dilakukan pada hari Jumaat 3 Januari bermula dari jam 9.00 pagi. Setiap pelajar mendapat 2 kotak susu. Terimakasih MUIP atas sumbangan yang diberikan.
TEMU UJI TINGKATAN 1 SESI 2025
Selamat menghadapi temu uji kepada calon-calon tingkatan 1 sesi 2025 SMA Maran.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2024 - SEMOGA GEMILANG DAN TERBILANG. INSYAALAH.
Peperiksaan SPM 2024 bertulis bermula pada hari ini Selasa 31 Disember 2024 dengan peperiksaan mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Semoga semua calon dapat menjawab dengan cemerlang. InsyaALLAH.