JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2024
Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) akan bermula pada 9 Disember 2024 dan akan berakhir pada 20 Disember 2024 bersamaan 7 Jamadilakhir hingga 18 Jamadilakhir 1446H. Semoga semua calon SMA SMA Maran akan beroleh kejayaan cemerlang. InsyaALLAH.
# Jadual dalam bentuk PDF boleh dimuat turun di sini:
https://drive.google.com/file/d/1ATspdUpoAIa8y7CQKV4jVkvXG_HqezGL/view?usp=sharing
# Jadual dalam bentuk PDF boleh dimuat turun di sini:
https://drive.google.com/file/d/1ATspdUpoAIa8y7CQKV4jVkvXG_HqezGL/view?usp=sharing
PROGRAM: Taklimat Klik dengan Bijak dan 5 Perkhidmatan Pintar di NADI
Dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 20 November 2024 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ianya disertai oleh pelajar-pelajar tingktan 1 - 3.
HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM 2024
Akan diadakan pada ketetapan di bawah:
Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat: Dewan Tun Abd Razak, SMAM
PENYAMPAIAN KUPON PENINGKATAN PRESTASI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 2024
Kupon diberikan dalam majlis ringkas semasa perhimpunan Rasmi Isnin 18 November 2024 di Dewan Tun Abd Razak. Kupon diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan Percubaan SPM yang dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kupon diberikan mengikut peningkatan dalam semua subjek SPM.