JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2024 SMA MARAN
Semoga semua calon SPM 2024 beroleh kejayaan cemerlang dalam semua matapelajaran. InsyaALLAH.
PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2024 BERMULA 26/12/2024 - 29/12/2024
Diadakan di SMA Maran bermula dari Khamis 26/12/2024 hingga 29/12/204 dalam cuti penggal ketiga 2024. Subjek yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, PSI dan Sejarah.
MAJLIS RESTU ILMU SPM 2024
Majlis diadakan di dua tempat iaitu Surau Lelaki dan Bilik KHB pada hari Jumaat 20 Disember 2024. Majlis dimulakan dengan Solat Dhuha, Solat Hajat dan bacaan Surah Al-Kahfi di Surau Lelaki dan seterusnya disambung di Bilik KHB untuk mendengar ucapan dari guru-guru SPM dan Pengetua SMA Maran. Majlis diakhiri dengan penyampaian alat-tulis dan sesi bermaaf-maafan diantara guru-guru SPM dan calon-calon SPM 2024. Semoga ALLAH swt memberikan kejayaan cemerlang dan gemilang dalam SPM...
SEMOGA CEMERLANG CALON-CALON SMA 2024
Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2024 telah bermula pada hari Isnin 9 Disember 2024. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semua calon-calon SMAM boleh menjawab dengan cemerlang. InsyaALLAH.