Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Selamat Kembali ke Sekolah

   Pada hari ini Isnin 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan berakhirlah cuti penggal selama dua minggu yang jatuh bersamaan dengan mulanya berpuasa. Hari ini pelajar-pelajar asrama akan mula pulang ke SMAM untuk bersekolah seperti biasa. Pelajar-pelajar tg 3,4 dan 5 akan menyambung sesi peperiksaan yang telah bermula sebelum cuti penggal mankala pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sesi pengajaran dan oembelajaran akan berjalan seperti biasa. Warga SMAM ingin mengucapkan Selamat kembali...

Tag: kembali ke sekolah SMAM 2017 ramadhan

Papar Artikel

Gotong Royong Perdana Kali Kedua

    Alhamdulillah gotong royong perdana kali kedua telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat 26 Mei 2017 bermula dari pukul 9.25 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Gotong royong ini melibatkan semua zon 4K yang telah ditetapkan. Semoga sesi gotong royong ini meletakkan SMAM satu langkah ke depan dari segi kebersediaan untuk menghadapi pertandingan 4K 2017.

Tag: Gotong Royong Perdana SMAM 4k

Papar Artikel

Seminar Ekonomi

    Seramai 12 orang pelajar tingkatan 5 SMAM telah mengikuti seminar subjek ekonomi yang telah diadakan di Maahad SAS Jengka pada hari Khamis 25 Mei 2017. Pelajar-pelajar telah diiringi oleh guru ekonomi mereka iaitu Cikgu Norashikin. Adalah diharapkan seminar ini akan menjadi pembakar semangat untuk semua pelajar berjaya dalam subjek ekonomi dalam peperiksaan SPM 2017 nanti. InsyaALLAH.

Tag: seminar ekonomi SMAM 2017

Papar Artikel

Aktiviti Kokurikulum Hari Rabu

     Pada setiap hari Rabu SMA Maran akan mengadakan aktiviti kokurikulum sebagaimana sekolah-sekolah lain juga. Aktiviti ini dibahagi dan digilirkan antara sukan, unit beruniform dan persatuan. Program diselaraskan oleh setiusaha kokurikulum Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin.

Tag: Kokurikulum SMAM rabu