Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Aktiviti Ko-Kurikulum Rabu

    Sebagaimana setiap hari Rabu, pada 19 Julai 2017, hari kokurikulum diteruskan di SMAM dengan giliran Persatuan beruniform. Pasukan beruniform SMAM dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu, kadet bomba, kadet polis, persatuan bulan sabit merah dan puteri Islam. Aktiviti bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Terimakasih kepada semua warga SMAM yang menjayakan aktiviti ini. Tahniah.

Tag: koko SMAM rabu

Papar Artikel

Taklimat SUHAKAM

     Pada 17 Julai 2017, seramai 5 orang warga SMAM telah dijemput untuk menghadiri taklimat SUHAKAM di hotel Angkasa Royal, Pekan iaitu Ustaz Redho, Cikgu Abdullah, Encik Mohd Noh, Encik Nizam dan Encik Rashidee . Taklimat ini adalah bertujuan untuk mendedahkan hak-hak asasi setiap pekerja awam. Adalah diharapkan pengetahuan yang diperolehi dalam sesi ini boleh digunakan untuk memajukan lagi struktur pentadbiran SMAM. InsyaAllah.

Tag: suhakam SMAM warga smam

Papar Artikel

TAKZIAH

    Takziah diucapkan kepada keluarga pelajar SMAM Muhammad Firdaus Bin Mohd Zamri (pelajar kelas 3M 2017) yang meninggal dunia dalam satu kemalangan antara motosikal yang dipandunya dan sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur berdekatan dengan jambatan exit ke kg awah/chenor. Kemalangan berlaku petang semalam ( 15 Julai 2017) dan jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 10 malamnya di tanah perkuburan kampung Senggora. Semoga rohnya berada di dalam rahmat, kasih sayang dan...

Tag: takziah kemalangan al-fatihah SMAM

Papar Artikel

Aktiviti Ko-Kurikulum Rabu

       Sebagaimana pada setiap hari Rabu, pada 12 Julai 2017 aktiviti kokurikulum di SMAM diteruskan dengan giliran kelab dan persatuan. Perjumpaan telah diadakan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh guru-guru penasihat masing-masing. Tepat jam 3.30 petang, aktiviti telah bermula dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang menjayakan aktiviti ini.

Tag: koko koku SMAM rabu.julai