Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

TAKZIAH

    Takziah diucapkan kepada keluarga pelajar SMAM Muhammad Firdaus Bin Mohd Zamri (pelajar kelas 3M 2017) yang meninggal dunia dalam satu kemalangan antara motosikal yang dipandunya dan sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur berdekatan dengan jambatan exit ke kg awah/chenor. Kemalangan berlaku petang semalam ( 15 Julai 2017) dan jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 10 malamnya di tanah perkuburan kampung Senggora. Semoga rohnya berada di dalam rahmat, kasih sayang dan...

Tag: takziah kemalangan al-fatihah SMAM

Papar Artikel

Aktiviti Ko-Kurikulum Rabu

       Sebagaimana pada setiap hari Rabu, pada 12 Julai 2017 aktiviti kokurikulum di SMAM diteruskan dengan giliran kelab dan persatuan. Perjumpaan telah diadakan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh guru-guru penasihat masing-masing. Tepat jam 3.30 petang, aktiviti telah bermula dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang menjayakan aktiviti ini.

Tag: koko koku SMAM rabu.julai

Papar Artikel

Gotong Royong Perdana Kali ke 3

     Alhamdulillah, bersempena dengan program 4K 2017, gotong royong perdana kali ke 3 telah dilaksanakan pada hari Jumaat 7 Julai 2017. Semua warga SMAM telah terlibat dan gotong royong telah dijalankan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan. Gotong royong ini bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di seluruh SMAM. Ianya bermula seawal 8.10 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Diharapkan program ini akan dapat menghasilkan SMAM yang lebih...

Tag: Gotong Royong Perdana zon SMAM 4k

Papar Artikel

Taklimat Kerja Kursus PT3 Matapelajaran Geografi

   Satu taklimat kerja kursus untuk peperiksaan PT3 subjek Geografi telah diadakan di dewan Tun Abd Razak, SMAM, pada hari Isnin 3 Julai 2017. Taklimat ini adalah untuk menyediakan pelajar tentang keperluan-keperluan yang perlu dalam menyiapkan kerja kursus geografi PT3 2017. Taklimat telah disampaikan oleh guru subjek Geografi iaitu Puan Immazura. Selepas taklimat oleh Puan Immazura, Tuan Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin juga telah memberikan amanat khas beliau kepada...

Tag: Taklimat PT3 2017 pengetua SMAM