Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Majlis Restu Ilmu SMA

    Pada Khamis 12 Oktober 2017, telah diadakan satu majlis simbolik penyerahan@ penghalalan ilmu antara guru-guru dan pelajar-pelajar SMA bertempat di Makmal Komputer SMAM. Majlis berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semoga kejayaan cemerlang akan dikurniakan oleh ALLAH kepada semua calon-calon SMA yang akan bermula pada 13 Oktober 2017. Seramai 38 orang pelajar akan mengambil peperiksaan ini. Semoga berjaya. InsyaALLAH.

Tag: restu ilmu SMA 2017 SMAM

Papar Artikel

Pertandingan Pelancaran Roket Air dan Payung Terjun

      Pada hari Sabtu 7 Oktober 2017, seramai 3 orang pelajar SMAM dan 2 orang guru iaitu Ustaz Rahimi dan Ustaz Azrul telah terlibat dalam satu pertandingan di bawah Kelab Falak dan Astronomi iaitu pertandingan pelancaran roket air dan payung terjun yang diadakan di padang Politeknik Muadzam. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat.

Tag: SMAM roket payung terjun pertandingan

Papar Artikel

Restu Ilmu PT3

     Pada hari Jumaat 6 Oktober 2017, telah diadakan satu Majlis Restu Ilmu yang merupakan simbolik penghalalan ilmu diantara guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PT3 yang akan berlangsung pada 9 - 12 Oktober 2017. Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak yang melibatkan semua pentadbir, guru-guru PT3 dan pelajar-pelajar PT3. Diharapkan semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PT3. InsyaALLAH.

Tag: restu ilmu pt3 SMAM 2017