Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Ucapan Perpisahan Oleh Cikgu Nurul Aini Binti Sulaiman

        Seusai Majlis Kerohanian Jumaat 26 Januari 2018, Cikgu Nurul Aini Binti Sulaiman mengambil peluang untuk membuat ucapan perpisahan kepada semua warga SMAM terutamanya kepada pelajar-pelajar. Dalam ucapan tersebut, Cikgu Nurul Aini telah menyatakan bahawa beliau akan mengakhiri khidmat beliau di SMAM sebagai guru ASPA pada hari tersebut dan akan memulakan tugas baru beliau sebagai guru di SMKA Kuala Lipis pada 5 Februari 2018. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nurul...

Tag: ucapan perpisahan

Papar Artikel

Rohani Jumaat 26 Januari 2018

Syair Buat Kamu

dosa dan maksiat ini umpama air dan udara bagi manusia.
tanpa udara seorang insan tidak mampu untuk bernafas.
tanpa air manusia akan kepanasan, tidak dapat menenangkan diri.
begitulah seorang Sang pendosa,

tanpa dosa bererti kehidupan tidak dapat diteruskan..
jantung akan kaku jika tiada dosa yang datang ke saluran darah,
tanpa maksiat maka matilah segala nikmat duniawi,
jadi manusia akan sengsara melakukan kebaikan...

jadi apabila kita berdosa..
segeralah bertaubat,
kerna cahaya gerbang...

Tag: rohani jumaat

Papar Artikel

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2018

    Alhamdulillah satu majlis penyampaian watikah lantikan pengawas sekolah untuk sesi 2018 telah berjaya dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Khamis 25 Januari 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Inspektor Nor Hafiz Bin Mohd Nor iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran. Dalam majlis ini kesemua pengawas sekolah yang dilantik telah diberikan sijil perlantikan dan saudara Mohd Amirul Asyraaf Bin Muhammad Shahrul Nizam selaku Ketua Pengawas...

Tag: watikah pengawas

Papar Artikel

Bengkel Penataran Literasi Bahasa Arab (LBA) tingkatan 1 dan 2 Tahun 2018

     Alhamdulillah, bengkel ini telah berjaya dijalankan di Bilik Tayang SMA Maran pada 25 Januari 2018 (untuk tingkatan 1) dan 26 Januari 2018 (untuk Tingkatan 2). Dalam kedua-dua sesi ini, Ustaz Mahtar Bin Abd Wahid bersama Ustaz Hani dan rakan dari Pusat Bahasa Arab Al-Kuliyyah telah memberikan taklimat berkenaan literasi Bahasa Arab. Program ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang datang dari semua sekolah-sekolah SMAN pahang. Adalah diharapkan program ini akan meningkatkan...

Tag: Literasi Bahasa Arab