Aktiviti penulisan khat
Aktiviti penulisan khat bagi tingkatan 1 hingga 5 di dewan besar SMA Maran. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua guru-guru yang terlibat.
Pemantauan pendaftaran pelajar tingkatan 1 sesi 2017
Pemantauan pendaftaran pelajar tingkatan 1 sesi 2017 oleh Ustaz Lebai Idris bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Khas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama Tuan Pengetua Tn.Hj.Shamsuri bin Shamsudin.
Al-Quran in my heart..
Bacaan ayat suci Al-Quran Al-Karim setiap hari di perhimpunan pagi dipimpin oleh pengawas sekolah dan bimbingan ustaz & ustazah.
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2017
Majlis watikah perlantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Hafiz bin Mohd Noor Pegawai Perhubungan Polis Sekolah pada 23 Januari 2017 hari Isnin Jam 8.00 pagi di Dewan Tun Abdul Razak SMA Maran. Harapan sekolah agar semua pengawas yang dilantik dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.