Alhamdulillah...berakhirnya Ujian Syafawi Al-Quran dan Percubaan SPM 2018
Pada hari ini Khamis 7 September 2018, telah berakhir ujian Syafawi Al-Quran Sijil Menengah Agama (SMA) 2018 dan juga Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik dalam kedua-dua peperiksaan dan bakal memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaALLAH.
Bermulanya Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2018
Pada hari ini Selasa 4 September 2018 telah bermula ujian Syafawi Al-Quran yang menandakan bermulalah juga peperiksaan SMA 2018. Seramai 36 pelajar tingkatan 4 SMAM akan menghadapi peperiksaan ini. Semoga merekla tenang menjawab dan memperolehi markah yang baik dalam ujian ini dan seterusnya dalam peperiksaan SMA 2018. InsyaALLAH.
Perhimpunan Isnin 3 September 2018
Pada perhimpunan rasmi Isnin 3 September 2018, guru bertugas minggu lepas telah mengumumkan keputusan pertandingan kebersihan kelas dan asrama. Guru bertugas pada minggu ini ialah:
1. Ustaz Zakwan
2. Ustazah Sarkiyah
Kepada pelajar yang memerlukan sebarang bantuan boleh berjumpa dengan 2 guru ini.
1. Ustaz Zakwan
2. Ustazah Sarkiyah
Kepada pelajar yang memerlukan sebarang bantuan boleh berjumpa dengan 2 guru ini.
Sambutan Merdeka 2018: Tahniah AJK Pelaksana Tg 1 dan Tg 2
Tahniah diucapkan kepada AJK Pelaksana Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 SMAM yang telah berjaya menjalankan acara sambutan Kemerdekaan Kali ke 61 di SMAM Bermula dari Jumaat 31 Ogos 2018 hingga Malam 1 September 2018. Semoga penat lelah anda semua diberikan balasan yang terbaik oleh Allah swt. Tahniah juga kepada semua warden yang membantu dan memantau program iaitu Ustaz Azrul, Ustaz Sarafi, Ustaz Rahimi, Ustaz Khairun Nas, Ustazah Aisyah dan Ustazah Salmiah. Semoga sifat patriotik...

