Selamat Kembali Ke Sekolah
Hari persekolahan akan bermula semula pada hari Rabu 12 September 2018. Admin ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMAM. Pelajar-pelajar asrama diminta pulang semula ke asrama sebelum pukul 6.00 petang Selasa 11 September 2018. Semoga selamat dalam perjalanan ke sekolah. InsyaALLAH.
Salam Maal Hijrah 1440 Hijriah Bersamaan 11 September 2018
Selamat menyambut Maal Hijrah 1440 Hijriah kepada semua warga SMAM khasnya dan kepada semua ummat Islam amnya. Maal Hijrah kali ini jatuh pada hari Selasa 11 September 2018. Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah " Menyantuni Ummat Membawa Berkat". Semoga tahun baru ini akan memberikan kita lebih banyak kejayaan dan meningkatkan lagi keimanan kita kepada ALLAh swt. InsyaALLAH.
Aktiviti Kokurikulum 5 September 2018
Pada hari Rabu 5 September 2018, telah dilaksanakan aktiviti kokurikulum untuk Pasukan Beruniform yang melibatkan semua pasukan uniform yang ada di SMAM. Pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan. Tahniah kepada semua warga SMAM yang menjayakan aktiviti ini.
Bengkel Modul Inspirasi YaPEIM 2018 - Subjek Sejarah
Ahamdulillah, satu bengkel kecemerlangan SPM 2018 telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk subjek Sejarah pada 8 September 2018 bertempat di Bilik Seminar dan Bilik Gerakan PPD Maran. Program ini melibatkan semua sekolah menengah di Maran samada sekolah kebangsaan ataupun sekolah agama. Alhamdulillah SMA Maran juga telah dijemput menghadiri program ini. SMAM telah diwakili oleh guru sejarah SPM iaitu Cikgu Nur Hariyah Bt Mohamad Noor....

