Terimakasih Ustaz Jasripuddin dan Pasukan Motivasinya
Warga SMAM ingin mengucapkan terimkasih yang tak terhingga atas kesudian Ustaz Jasripuddin dan pasukannya atas kesudiaan mereka untuk hadir ke SMAM menjalankan satu sesi motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5 bermula dari petang Jumaat 14 September 2018 hinggalah ke Ahad 16 September 2018. Semoga beliau dan pasukannya akan dianugerahkan ALLAH dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. InsyaALLAH.
* Nota: Gambar-gambar sepanjang Kem Motivasi boleh didapati di Galeri - Foto -...
* Nota: Gambar-gambar sepanjang Kem Motivasi boleh didapati di Galeri - Foto -...
Aktiviti Asrama sempena cuti Hari Malaysia
Satu program motivasi asrama telah dilakukan sepanjang cuti hujung minggu dan Hari Malaysia yang bermula dari Jumaat 14 September hingga Ahad 16 September 2018. Program diselaraskan oleh warden yang diketuai oleh Ustaz Rahimi dan AJK pelajar. Pelbagai aktiviti untuk meningkatkan jati diri pelajar ASPURA dan ASPURI telah dilaksanakan. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Kursus KSSM Bahasa Arab Alaf Baru 2018
Kursus ini adalah untuk memperkenalkan silibus dan buku teks baru yang akan digunakan untuk bahasa arab dan diadakan pada hari Sabtu 15 September 2018. . Kursus ini dihadiri oleh Ustazah Azifah dan Ustaz Farek. Tahniah.
Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 (14 - 16 September 2018) (Hari Ketiga)
Kem motivasi hari ketiga menyaksikan majlis penutupan perasmian kem ini. Ianya bermula pada pukul 8 pagi dengan sesi muhasabah diri yang dijalankan oleh Ustaz Saripudin dan pada pukul 9.30, majlis dengan rasminya ditutup rasmi oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin.
* Nota: Gambar-gambar sepanjang Kem Motivasi boleh didapati di Galeri - Foto - Kem motivasi 3 4 5 2018 (Vol 1- Vol 3)
* Nota: Gambar-gambar sepanjang Kem Motivasi boleh didapati di Galeri - Foto - Kem motivasi 3 4 5 2018 (Vol 1- Vol 3)

