PENYAMPAIAN KUPON PENINGKATAN PRESTASI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 2024
Kupon diberikan dalam majlis ringkas semasa perhimpunan Rasmi Isnin 18 November 2024 di Dewan Tun Abd Razak. Kupon diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan Percubaan SPM yang dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kupon diberikan mengikut peningkatan dalam semua subjek SPM.
SEMOGA CEMERLANG SPM 2024....INSYAALLAH
Semoga semua calon SPM 2024 beroleh kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM 2024 nanti. InsyaALLAH.
SKOR A SPM 2024: HARI KE-3 AHAD 17 NOVEMBER 2024
Seminar hari ini ialah Bahasa Inggeris pada pukul 8.00 - 10.00 pagi dan Bahasa Arab jam 10.30 - 12.30 tengahari.
SKOR A SPM 2024 : HARI KE-2 (16 NOVEMBER 2024)
Dimulakan dengan program Plogging dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Pada sesi petang diadakan seminar PQS (2.00 - 4.00 petang) dan seminar Sains (4.40 - 6.40 petang). Sesi malam diisi dengan seminar Bahasa Inggeris (8.30 - 10.30 malam).

