PROGRAM: Taklimat Klik dengan Bijak dan 5 Perkhidmatan Pintar di NADI
Dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Rabu 20 November 2024 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ianya disertai oleh pelajar-pelajar tingktan 1 - 3.
HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM 2024
Akan diadakan pada ketetapan di bawah:
Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat: Dewan Tun Abd Razak, SMAM
PENYAMPAIAN KUPON PENINGKATAN PRESTASI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 2024
Kupon diberikan dalam majlis ringkas semasa perhimpunan Rasmi Isnin 18 November 2024 di Dewan Tun Abd Razak. Kupon diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan Percubaan SPM yang dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kupon diberikan mengikut peningkatan dalam semua subjek SPM.
SEMOGA CEMERLANG SPM 2024....INSYAALLAH
Semoga semua calon SPM 2024 beroleh kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM 2024 nanti. InsyaALLAH.

