Aktiviti Selepas Peperiksaan 15 November 2018: Nasyid Perempuan
Pertandingan Nasyid Perempuan diadakan di Surau ASPURI pada 15 November dari pukul 11.00 hingga 2.30 petang. Pertandingan diselaraskan oleh Ustazah Jazlina dan Cikgu Hidayah.
Temuduga Pengawas Sesi 2019
Temuduga calon-calon pengawas sekolah telah diadakan pada hari Khamis 15 November 2018 di Makmal Komputer SMAM. Temuduga diselaraskan oleh guru-guru pengawas.
Aktiviti Selepas Peperiksaan 15 November 2018: Sepak Yem (KIKBO) Lelaki
Pertandingan Sepak Yem (KIKBO) lelaki telah diadakan di perkarangan ASPURA. Pertandingan adalah mengikut kumpulan-kumpulan kecil yang ditubuhkan oleh setiap kumpulan tersebut. Penyelaras ialah Ustaz Syafari dan Ustaz Khairun Nas.
Peperiksaan Akhir Tahun Tg 4 2018 masih berjalan
peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 masih berjalan pada hari ini Rabu 14 November 2018. peperiksaan dijangkakan tamat pada hari Isnin depan bersamaan 19 November 2018. InsyaALLAH.

