Pendaftaran Kedua pelajar-pelajar Tingkatan 1 Sesi 2019
Pendaftaran kali kedua untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 sesi 2019 telah diadakan pada hari ini Isnin 7 Januari 2019. Seramai 13 pelajar baru telah didaftarkan pada hari ini. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar yang baru mendaftar pada hari ini. Ahlan Wasahlan.
Ceramah Kesihatan Gigi
Satu ceramah kesihatan gigi telah disampaikan oleh Doktor farah Nini dari Klinik Kesihatan Maran pada hari Isnin 7 januari 2019. Ceramah ini bermula selesai sahaja perhimpunan pagi iaitu dari jam 8.10 pagi hingga 9.10 pagi. Semua pelajar terlibat dalam ceramah ini. Selepas ceramah berakhir, peperiksaan gigi telah diadakan di Klinik Kita SMAM bermula dengan pelajar-pelajar tingkatan 3A. Semoga kesihatan gigi pelajar-pelajar berada pada keadaan terbaik. InsyaALLAH.
Perhimpunan Isnin Pertama sesi 2019
Perhimpunan rasmi pertama hari Isnin jatuh pada hari ini 7 Januari 2019. Dalam perhimpuan ini ucapan dan pesanan telah disampaikan oleh guru bertugas, guru koperasi, guru disiplin, GPK Koku, GPK HEM dan Pengetua SMAM. Perhimpunan bermula dari pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi.
Guru bertugas bagi minggu ini ialah:
1. Ustaz Mohd Ridho
2. Ustazah Syarkiah
Guru bertugas bagi minggu ini ialah:
1. Ustaz Mohd Ridho
2. Ustazah Syarkiah
Syarat Tawaran Kemasukkan Ke Asrama SMAM
Bermula dari 2018, semua pelajar yang mahu tinggal di asrama SMAM diwajibkan lulus 50% pada peperiksaan akhir tahun atau lulus SMA. Mana-mana pelajar yang gagal mencapai ketetapan tersebut dibenarkan membuat rayuan dengan syarat menghafal surah-surah yang dinyatakan di atas sebagai syarat kelulusan.

