Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2019

     Satu program orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1 sesi 2019 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada hari Selasa 1 Januari 2019. Semua GPK telah mengambil giliran memberikan taklimat dibawah bidang masing-masing pada sesi tersebut. Ketua warden juga memberikan taklimat asrama kepada semua pelajar-pelajar baru ini. Selamat menjadi warga SMAM diucapkan kepada semua pelajar baru ini. Semoga gembira dengan suasana di SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perlantikkan EXCO Asrama 2019

   perlantikkan EXCO asrama untuk sesi 2019 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada 1 Januari 2019. Majlis dihadiri oleh semua pelajar asrama dan warden-warden serta GPK HEM. Selamat menjalankan tugas kepada semua EXCO yang baru dilantik

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Gotong Royong Persediaan Kelas untuk Pembelajaran 2019

     Gotong royong yang melibatkan guru dan pelajar-pelajar telah diadakan untuk persediaan kelas bagi kegunaan sesi 2019 pada petang 31 Disember 2018 dan 1 Januari 2019. Ini melibatkan membersih, mengemas dan melengkapkan kelas dengan kerusi meja yang diperlukan. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga suasana serba kindusif dapat disediakan tahun 2019. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Pendaftaran Pelajar Tg 2 - 5 sesi 2019

   Alhamdulillah, pendaftaran pelajar SMAM tg 2 hingga 5 telah berjaya dijalankan pada hari Isnin 31 Disember 2018 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pendaftaran bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Diucapkan selamat kembali kepada semua warga SMAM untuk sei 2019. Tahniah.

Tag: SMAM 2018