Hari Tanpa Songkok 16 Januari 2019
Hari tanpa songkok yang akan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula pada hari ini 16 Januari 2019. Program ini bertujuan untuk memastikan rambut pelajar-pelajar lelaki berada dalam keadaan yang mengikut peraturan sekolah. Selepas perhimpunan, guru disiplin telah melakukan pemeriksaan terhadap semua rambut pelajar-pelajar lelaki.
Thobur Sobahi 16 Januari 2019
Program Thobur Sobahi diteruskan lagi ke perhimpunan Rabu 16 Januari 2019. Perhimpunan ini dijalankan dalam Bahasa Arab dan bermula dengan nyanyian Asma Ul-Husna, bacaan Al-Quran beramai-ramai dan akhirnya Thobur Sobahi.
Perhimpunan Selasa 15 Januari 2019 - Thobur Sobahi
Program Thobur Sobahi diteruskan pada perhimpunan 15 Januari selepas Nyanyian Asma Ul-Husna dan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai. Dalam perhimpunan ini ucapan disampaikan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah.
Mesyuarat Post-Mortem 4K 2018
Mesyuarat Post-Mortem 4K 2018 telah diadakan di SMA ittifaqiah Guai pada hari Isnin 14 Januari 2019. SMA Maran diwakili oleh Ustaz Syarafi selaku Ketua Warden dan Ustaz Azrul yang mewakili Setiausaha 4K SMAM. Semoga ianya akan memberi lebih banyak idea untuk 4K 2019. InsyaALLAH.

