Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Asrama SMAM
Orientasi pelajar tingkatan 1 SMAM telah bermula pada petang Jumaat 18 Januari 2019 di Dewan Tun Abd Razak. Ianya diuruskan oleh Exco Asrama dan Warden-warden. Sesi pertama bermula dari jam 3.00 - 5.00 petang. Tahniah dan selamat maju jaya.
Mesyuarat AJK Disiplin SMAM kali Pertama
Mesyuarat AJK Disiplin SMAM kali pertama telah diadakan pada petang Jumaat 18 Januari 2019 bermula dari 3.30 pm sehingga 5.30 pm. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM.
Perhimpunan Pagi Jumaat 18 Januari 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 18 Januari diisi dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai dan kemudiannya ucapan oleh Ustazah Jazlina selaku guru pengawas dan disiplin tentang beberapa masalah disiplin di SMAM.
Tentatif Program Orientasi Pelajar Asrama Tingkatan 1 Sesi 2019
Semoga program ini akan dapat menjadi motivasi dalam meningkatkan kesediaan untuk kehidupan di asrama khasnya dan SMAM amnya. InsyaALLAH. Program akan bermula dari petang Jumaat 18 Januari dan dijangkakan berakhir pada 20 Januari 2019.

