Persediaan MASISUPA Sekolah dan Zon 2 - Latihan Bola Tampar Lelaki
Pasukan bola tampar lelaki SMAM sentiasa menjalankan latihan mengikut jadual latihan yang disediakan oleh setiausaha Sukan SMAM. Ini merupakan persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi pertandingan MASISUPA peringkat sekolah dan Zon 2 yang bakal tiba. Semoga berjaya semua. InsyaALLAH
Hari Tanpa Songkok 23 Januari 2019
Hari tanpa songkok dilaksanakan untuk kali kedua pada Rabu 23 Januari 2019. Pada hari ini semua pelajar tidak dibenarkan bersongkok bermula dari perhimpunan 7.15 pagi hingga balik Sekolah pada 2.40 petang. Ianya untuk memastikan kekemasan rambut pelajar-pelajar lelaki SMAM.InsyaALLAH.
Perhimpunan Pagi Rabu - Thobur Sobahi 23 Januari 2019
Perhimpunan pagi Rabu 23 januari 2019 bermula pada pukul 7.15 pagi dan dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna. Selepas itu pelajar membaca Al-Quran secara beramai-ramai diketuai oleh pengawas bertugas. Selesai bacaan Al-Quran, program Thobur Sobahi dijalankan. Perhimpunan tamat pada pukul 7.37 pagi. Pelajar bersurai dan bergerak ke kelas masing-masing
Kaedah Pembelajaran "Hands-On" Mengeksperimen
Kaedah ini melibatkan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti secara realiti dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari secara teori. Kaedah ini dipercayai menghasilkan memori dan kemahiran yang lebih pantas dan lebih kekal kerana ianya melibatkan satu lagi tambahan memori yang dinamakan sebagai psikomotor memori yang biasanya dijana oleh deria regang yang ada pada otot-otot pelajar.

